Thursday, May 19, 2011

Mukjizat, Badwi dan Sembah Suami



Suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan di luar kota dan berjumpa dengan seorang badwi. Badwi ini meminta Rasulullah membuktikan kenabian dengan menunjukkan satu mukjizat. Rasulullah kemudiannya bertanya.: "apa yang kamu mahu". Nabi lantas menyuruh badwi tersebut menuju ke sebatang pokok kurma yang telah mati dan meminta badwi itu menyampaikan salamnya kepada pokok kurma tersebut.

Tanpa disangka-sangka pohon kurma itu telah menjawab salam Rasulullah dan kemudian telah bergerak dan berjalan menuju ke arah Rasulullah. Sesampainya di hadapan Nabi, pokok itu telah sujud dihadapan Rasulullah.

Badwi itu akhirnya mengakui kenabian Rasulullah dan telah mengucapkan syahadah dihadapan nabi.

Peristiwa tersebut akhirnya tersebar di kalangan orang ramai dan telah sampai kepada Umar ra. Umar kemudian pergi berjumpa nabi dan ingin sujud kepada nabi kerana katanya sedangkan pokok mati pun sujud kepada nabi. Tetapi nabi tidak memperkenankan permintaan Umar dan Nabi bersabda; "jika ada dikalangan makhluk boleh menyembah sesama makhluk, aku ingin supaya isteri menyembah suaminya"

Kata-kata nabi tersebut sangat mengambarkan betapa 'besarnya' suami kepada isteri hinggakan nabi kata jika boleh manusia menyembah sesama manusia nabi ingin isteri menyembah suami. Sedangkan kita pasti memang tidak boleh sama sekali manusia menyembah manusia kerana ini termasuk dalam dosa syirik sedangkan dosa syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh" (Surah an-Nisa':116)


Namun mutakhir ini ramai suami sudah tidak mampu untuk menjadi suami yang begitu besar hingga boleh disembah oleh isteri. Ramai suami tidak lagi menjadi suami. Amanah menjaga isteri dan anak-anak diabaikan begitu sahaja.

Lihat ramai isteri sudah tidak bertudung kepala, ramai anak-anak sudah tidak mengenal erti baik dan buruk. Kenapa? kerana lelaki yang menjadi bapa dan suami sendiri tidak faham erti menutup aurat...kerana bapa sendiri tidak kenal erti baik dan buruk.

No comments:

Post a Comment