Thursday, April 2, 2015

Beza Dosa Adam dan Iblis


Perbezaan Dosa Nabi Adam dan Iblis
Manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan samada kepada Allah dan juga kepada sesama manusia. Setiap kesalahan ini dinilai sebagai berdosa samada dosa tersebut adalah kecil ataupun dosa besar. Dosa pertama yang dilakukan dalam sejarah manusia ialah dosa Adam dan Hawa kepada Allah kerana tidak mematuhi larangan Allah tetapi dosa yang dilakukan oleh Iblis adalah lebih besar kerana tidak tunduk kepada perintah Allah.

Walaupun kedua-duanya sama berdosa tetapi dosa Adam dan Hawa melibatkan keterlanjuran mereka dalam mematuhi larangan Allah daripada menghampiri pohon itu iaitu pohon khuldi. Allah berfirman surah al-Baqarah ayat 34-35

. dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lmenjadilah ia dari golongan Yalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan yang kafir.
35. dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu Dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang zalim".

Apa yang membezakan di antara dua kesalahan ini ialah :

i. Iblis dikatakan sebagai takbur dan enggan mengakui dosanya bahkan berhujjah dengan Allah mengatakan dirinya lebih baik dari penciptaan Adam. Sedangkan Adam mengakui kesalahan dan terus bertaubat meminta keampunan dari Allah dan Allah telah mengampunkan dosa tersebut.

ii. Iblis membuat kesalahan dengan sengaja dan sedar atas kesalahan yang dilakukan sedangkan Adam buat dengan kesilapan dan pujukan Iblis untuk melanggar perintah Allah tersebut.

iii. Adam melanggar perintah Allah sedangkan Iblis enggan patuh kepada perintah Allah.

iv. Iblis dikatogerikan Allah sebagai golongan kafir sedangkan Adam sebagai golongan yang zalim. Sangat besar perbezaan antara orang yang kafir dengan orang yang zalim. Orang kafir semestinya zalim tetapi orang zalim tidak semestinya kafir.

v. Dosa syahwat dan maksiat boleh diampunkan seperti Adam tetapi dosa takbur dan kesombongan tidak akan diampunkan.

vi. Adam tidak putus asa dengan rahmat Allah sedang Iblis walaupun masih berpeluang untuk bertaubat tetapi tetap berdegil sehingga disuruh sujud kepada kubur Adam pun dia enggan.

Monday, July 4, 2011

Ghibah




Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim).

Rupanya sangat bahaya jika kita berdosa dengan orang kerana dosa tersebut hanya terampun jika orang itu sendiri yang mengampunkan kita...jika tidak jadilah kita orang yang muflis di akhirat nanti walaupun kita rasa sudah banyak amalan yang nak dibawa berjumpa dengan Allah swt..rupa-rupanya semua pahala itu habis digunakan untuk membayar hutang kepada orang yang kita berbuat dosa kepada mereka.

Dan dosa yang paling mudah dan paling banyak dibuat oleh masyarakat kita pada hari ini ialah mengumpat/ghibah. Tanpa disedari kita menceritakan aib sedara kita kepada orang lain kerana kita sangat suka menjaga tepi kain orang....sedangkan kain kita dah tak boleh nak dipakai lagi.

Memang sedap dan seronok bergossip tapi bila kita ingat akan akibat yang akan menimpa kita nescaya kita akan berhenti serta merta dari memperkatakan tentang orang lain kerana dahlah pahala kita diberi pada orang lain dan jika tak cukup lagi..dosa orang tu pulak kita ambil...ingatkan dah nak masuk syurga...tup2...terbalik ke neraka pulak...kesian222 semuanya gara2 suka bercerita pasal orang lain yang sebenarnya tak ada sedikit pun faedahnya...tertipu sungguh kita dengan syaitan tu...hahaha padan muka..

Tuesday, May 24, 2011

What You Give, You Get Back Part II


Sebenarnya ada dua cerita yang dibawakan oleh Dr Jamnul dalam tazkirah beliau pada pagi tersebut....kisah ini adalah berkenaan dengan seorang doktor pakar di tempat beliau berkerja..

Pada suatu hari ada seorang pesakit, seorang kanak-kanak berumur lebih kurang 5 tahun yang terlekat sesuatu dalam kerongkongnya..setelah beliau menganalisa pesakit tersebut, Dr Jamnul telah menghubungi pakar tersebut untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap pesakit tersebut. Namun setelah beberapa lama ditunggu doktor pakar itu tidak dapat datang dan akhirnya budak itu telah meninggal dunia.

Sepatutnya budak itu boleh diselamatkan tetapi oleh kerana doktor pakar itu tidak dapat datang maka budak itu telah meninggal dunia dan doktor pakar itu tidak sedikit merasa menyesal atas sikapnya.

Kedua ibu bapa budak itu sangat sedih dan menangis atas apa yang terjadi kepada anak mereka dan bercadang untuk mengambil tindaka atas kecuaian pihak hospital dalam mengendalikan kes tersebut.

Tetapi setelah berbincang kedua ibu bapa budak tadi telah berjaya dipujuk untuk tidak meneruskan niat mereka.

Pada suatu masa yang lain, Dr Jamnul bercerita lagi...beliau menerima kes yang sama dengan kes yang sebelumnya...seorang budak juga yang tertelan sesuatu dalam lehernya. Setelah melakukan pemeriksaan, beliau sekali lagi menghubungi doktor pakar tersebut untuk mengendalikan kes tersebut. Sekali lagi doktor tadi bersikap sambil lewa namun kali ini beliau datang tapi lewat.

Budak tersebut juga tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia....cuma kali ini ibu bapa budak itu tidak menangis...tetapi doktor itu yang menangis dan sangat-sangat menyesali atas kelewatannya dan sikap beliau. Beliau seolah-olah tidak dapat memaafkan dirinya atas apa yang telah terjadi.....

kerana budak yang meninggal itu adalah .......anak beliau sendiri.....

jadi renung2kanlah...berilah yang terbaik dalam apa sahaja yang mampu kita lakukan dan berserahlah kepada Allah swt...kerana hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan...

Thursday, May 19, 2011

Mukjizat, Badwi dan Sembah Suami



Suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan di luar kota dan berjumpa dengan seorang badwi. Badwi ini meminta Rasulullah membuktikan kenabian dengan menunjukkan satu mukjizat. Rasulullah kemudiannya bertanya.: "apa yang kamu mahu". Nabi lantas menyuruh badwi tersebut menuju ke sebatang pokok kurma yang telah mati dan meminta badwi itu menyampaikan salamnya kepada pokok kurma tersebut.

Tanpa disangka-sangka pohon kurma itu telah menjawab salam Rasulullah dan kemudian telah bergerak dan berjalan menuju ke arah Rasulullah. Sesampainya di hadapan Nabi, pokok itu telah sujud dihadapan Rasulullah.

Badwi itu akhirnya mengakui kenabian Rasulullah dan telah mengucapkan syahadah dihadapan nabi.

Peristiwa tersebut akhirnya tersebar di kalangan orang ramai dan telah sampai kepada Umar ra. Umar kemudian pergi berjumpa nabi dan ingin sujud kepada nabi kerana katanya sedangkan pokok mati pun sujud kepada nabi. Tetapi nabi tidak memperkenankan permintaan Umar dan Nabi bersabda; "jika ada dikalangan makhluk boleh menyembah sesama makhluk, aku ingin supaya isteri menyembah suaminya"

Kata-kata nabi tersebut sangat mengambarkan betapa 'besarnya' suami kepada isteri hinggakan nabi kata jika boleh manusia menyembah sesama manusia nabi ingin isteri menyembah suami. Sedangkan kita pasti memang tidak boleh sama sekali manusia menyembah manusia kerana ini termasuk dalam dosa syirik sedangkan dosa syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh" (Surah an-Nisa':116)


Namun mutakhir ini ramai suami sudah tidak mampu untuk menjadi suami yang begitu besar hingga boleh disembah oleh isteri. Ramai suami tidak lagi menjadi suami. Amanah menjaga isteri dan anak-anak diabaikan begitu sahaja.

Lihat ramai isteri sudah tidak bertudung kepala, ramai anak-anak sudah tidak mengenal erti baik dan buruk. Kenapa? kerana lelaki yang menjadi bapa dan suami sendiri tidak faham erti menutup aurat...kerana bapa sendiri tidak kenal erti baik dan buruk.

Wednesday, May 18, 2011

What You Give, You Get Back


Sekadar nak berkongsi cerita yang disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan dalam motivasi pagi di IKIM berkenaan dengan tajuk...


Semasa beliau hampir tamat belajar di Mesir, Dr Jamnul telah meminta nasihat daripada seorang pensyarahnya, bekas seorang doktor psikiatri di NASA. Dr itu hanya meminta sekeping duit daripada beliau dan telah menconteng duit itu serta menulis nombor kad pengenalannya sekali. Kemudian doktor itu telah menyerahkan kembali duit itu kepada dr Jamnul dan berkata,"belanjakan duit ini dan bila duit ini dapat semula kepada kamu, telefon saya".

Dr Jamnul berfikir kenapa agaknya pensyarahnya menyuruh beliau berbuat demikian, tetapi dia merasakan mesti ada sebab yang tersirat daripada perkara tersebut.

Dr Jamnul kemudiannya membelanjakan duit tersebut dengan sedikit helah agar duit conteng tersebut tak dapat dikesan oleh pekedai. Akhirnya beliau berjaya juga membelanjakan duit tersebut.

Setelah sebulan lebih berlalu...Dr Jamnul menaiki teksi dan apabila sampai ke destinasi, beliau telah membayar tambang teksi dan ketika pemandu teksi itu memulangkan baki...terselit duit yang diconteng oleh pensyarahnya dulu dan beliau terus telefon pensyarahnya untuk memberitahu tentang hal tersebut dan pensyarahnya memberitahu pengajarannya ialah apa yang kita beri kepada masyarakat akan kembali semula kepada kita.

Saya agak tertarik dengan cerita ini kerana sepatutnya kita lebih banyak memberi yang terbaik kepada masyarakat kita dan ini akan lebih memotivasikan kita untuk berkerja kerana jika kita beri yang terbaik kepada orang lain...maka kita juga akan dapat yang terbaik ( kalau orang tak bagi pun tak apa..pasti Allah akan bagi yang terbaik kepada kita) dalam hal ini jangan hanya mengharapkan balasan daripada orang...nanti tak ikhlas pulak buat kerja..buatlah kerana Allah..kita akan dapat kepuasannya...

Dan jika kita beri yang lebih kurang kepada orang lain...maka kita juga akan dapat yang sebegitu juga. Jadi untuk diriku dan sesiapa yang membaca teks ini berusahalah untuk memberi yang terbaik dan elakkan memberi yang lebih kurang terutamanya orang2 kerajaan dalam service mereka terutamanya guru2 di sekolah...berilah yang terbaik untuk anak murid anda..kerana

WHAT YOU GIVE...YOU WILL GET BACK.....




Wednesday, October 27, 2010