Thursday, April 2, 2015

Beza Dosa Adam dan Iblis


Perbezaan Dosa Nabi Adam dan Iblis
Manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan samada kepada Allah dan juga kepada sesama manusia. Setiap kesalahan ini dinilai sebagai berdosa samada dosa tersebut adalah kecil ataupun dosa besar. Dosa pertama yang dilakukan dalam sejarah manusia ialah dosa Adam dan Hawa kepada Allah kerana tidak mematuhi larangan Allah tetapi dosa yang dilakukan oleh Iblis adalah lebih besar kerana tidak tunduk kepada perintah Allah.

Walaupun kedua-duanya sama berdosa tetapi dosa Adam dan Hawa melibatkan keterlanjuran mereka dalam mematuhi larangan Allah daripada menghampiri pohon itu iaitu pohon khuldi. Allah berfirman surah al-Baqarah ayat 34-35

. dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lmenjadilah ia dari golongan Yalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan yang kafir.
35. dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu Dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang zalim".

Apa yang membezakan di antara dua kesalahan ini ialah :

i. Iblis dikatakan sebagai takbur dan enggan mengakui dosanya bahkan berhujjah dengan Allah mengatakan dirinya lebih baik dari penciptaan Adam. Sedangkan Adam mengakui kesalahan dan terus bertaubat meminta keampunan dari Allah dan Allah telah mengampunkan dosa tersebut.

ii. Iblis membuat kesalahan dengan sengaja dan sedar atas kesalahan yang dilakukan sedangkan Adam buat dengan kesilapan dan pujukan Iblis untuk melanggar perintah Allah tersebut.

iii. Adam melanggar perintah Allah sedangkan Iblis enggan patuh kepada perintah Allah.

iv. Iblis dikatogerikan Allah sebagai golongan kafir sedangkan Adam sebagai golongan yang zalim. Sangat besar perbezaan antara orang yang kafir dengan orang yang zalim. Orang kafir semestinya zalim tetapi orang zalim tidak semestinya kafir.

v. Dosa syahwat dan maksiat boleh diampunkan seperti Adam tetapi dosa takbur dan kesombongan tidak akan diampunkan.

vi. Adam tidak putus asa dengan rahmat Allah sedang Iblis walaupun masih berpeluang untuk bertaubat tetapi tetap berdegil sehingga disuruh sujud kepada kubur Adam pun dia enggan.